Monday 6 June 2016

Piggyback vs Standalone ECU

Enjin Kereta yang telah dimodifikasi sangat memerlukan Engine Management System. Namun terdapat banyak pilihan dari brand hingga ke "Function" yang ada.
Mana satu nak pakai ni?
Keliru untuk buat pilihan?

Baca artikel ni sehingga habis ye.. moga2 jumpa jawapannya


Kebanyakan orang yang "bermain" kereta ni, memerlukan Engine Management System bagi menampung "keperluan enjin" sesuai dengan tahap modifikasi yang dilakukan.

ECU asal sememangnya boleh melakukan tugas dengan baik, namun terdapat keadaan dimana anda perlu  Rechip, reflash ataupun tambah alat seperti System Piggyback bagi membantu mengawal  keperluan enjin dan ada keadaannya anda perlu menukar ECU  (System Standalone)





Macamana tu ye ?

Modifikasi seperti Up Stroker, High Performance Camshaft, Custom Intake/exhaust System, Upgrade Turbo, Upgrade Injector dan sebagainya yang menggunakan bahanapi Petrol biasanya boleh lagi dikawal oleh  Sistem Piggyback yang mana ianya digunakan untuk menyesuaikan Campuran bahan api (Air Fuel Ratio) dan mengawal Ignition Timing. Tambah pula dengan function motorsport seperti Launch Control dan Flat Shift masih lagi boleh dibuat dengan System Piggyback. Ataupun Rechip mahupun Reflash boleh dah "Unlock" semua function2 advance ni.


Masihkah kita perlu guna System Standalone ni?



Terdapat keadaan dimana "Ultimate Modification" sangat memerlukan System Standalone ni. Tambah pula dengan menggunakan "Racing Fuel" yang memerlukan saiz Injector 1000 cc keatas yang berlainan "injector latency" yang sangat diperlukan untuk Fine Tuning nanti.
Pada tahap ini, ECU memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal keperluan enjin bahkan boleh juga mengaawal Traction Kereta sesuai dengan Kuasa yang bakal dihasilkan oleh enjin. Dalam System Standalone ni juga terdapat banyak advance2 function  seperti On Off switch untuk System NOS, Stage Injector, Traction Control, Boost Control, Auto Tune dan pelbagai lagi yang hanya ada pada System Standalone.



Terdapat juga keadaan dimana ECU kereta2 baru yang sangat pintar dan tidak boleh "ditipu" oleh System Piggyback dan satu2nya cara untuk
menyesuaikan modifikasi yang dilakukan pada enjin adalah dengan menukar ke System Standalone


Jadi, Apakah pilihan anda?

Apa2 pun Engine Management yang anda guna dan bakal guna adalah bergantung pada keperluan enjin dan tujuan enjin itu digunakan.
Segala2nya memerlukan KOS, dan dengan merancang pembelian Engine Management System ini mampu menyelamatkan "bajet" anda daripada hangus yang mana ianya boleh digunakan untuk perkara2 lain. 

Ya lah, jika enjin Proton yang hanya tukar Racing Camshaft pun pakai Hatech Elite 2500 kan rugi je tak boleh gunakan Advance2 function dalam tu..hehe

 Semoga artikel ini bermanfaat, dan seperti biasa sebarang persoalan adalah dialu-alukan.

1 comments: