Monday 30 May 2016

Spark Plug Re-Gapping

Tune enjin bukanlah semata-mata berkisar Air Fuel Ratio dan Ignition Timing sahaja. Akan tetapi "Mechanical Part" perlu diberi perhatian agar Proses Tuning dapat berjalan dengan lancar.


Pada topik kali ini, kita akan membincangkan berkenaan Spark Plug "Gapping". Selain dari "Julat Haba" yang betul, Gap antara Center Electrode dan Ground Electrode perlu diberi perhatian yang serious terutama untuk aplikasi High Boost / High Compression Enjin.


Jika enjin kereta anda dalam keadaan "standard" maka, tiada timbul permasalahan ini. anda boleh menggunakan Spark Plug dengan Julat Haba yang betul sesuai dengan enjin dan menggunakan 'Gap" sedia ditala oleh pengeluar Spark Plug. Tetapi apabila enjin telah di "Up Boost" atau "Up Compression Ratio", permasalahan ini mungkin akan timbul.



Contohnya enjin Turbo, boost asal 0.7 Bar, Up boost ke 1.3 Bar. Menggunakan Spark Plug brand NGK BKR7EIX (Standard "Gap" dari kilang 0.8mm). Semasa proses tuning dilakukan, Air Fuel Ratio dah betul, Ignition Timing juga dah tepat, tetapi berlaku "Miss Fire" semasa boost 1.3 Bar. Disinilah perlunya menggunakan teknik Re-Gapping. Kita perlu keluarkan Spark Plug, dan setkan Jarak (Gap) antara Center Electrode dan Ground Electrode lebih rapat. Mungkin 0.6mm dan mungkin 0.45mm. Anda perlu cuba sehingga tiada berlaku "Miss Fire" dan enjin smooth sahaja semasa boost.


Tujuan dirapatkan Ground Electrode ini adalah untuk memastikan Spark Plug boleh Ignite (mengeluarkan Spark) pada masa Air Fuel Ratio yang padat (sebagai keperluan voltage pada jurang elektrod meningkat kerana tekanan pembakaran yang lebih tinggi) 

Pastikan anda menggunakan Alat yang betul untuk "Adjust" Gap spark plug ini disebabkan Center Electrode mudah pecah jika salah cara setting terutamanya bagi Spark plug jenis Iridium.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat menambah pengetahuan anda dalam selok belok tune enjin, dan seperti biasa jika ada sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan untuk memberi komen pada ruang yang disediakan.

3 comments:

  1. Untuk rapatkan kena ketuk ground electrod tu dgn Tool apa yg sesuai?

    ReplyDelete
  2. Klu enjin l6 3 slinder pki plug kancil biasa bole x

    ReplyDelete