Friday 5 February 2016

ONLINE - EMANAGE TUNING COURSE

Enjin kenderaan yang dioptimasikan bukan sahaja mampu menjimatkan minyak kenderaan malah juga boleh membantu enjin kenderaan memberikan kuasa pecutan yang maksima dalam keadaan yang terkawal. Untuk mencapai matlamat tersebut, alat Dynamometer atau lebih dikenali sebagai Dyno adalah mesin terbaik dalam melakukan setting terbaik untuk enjin kenderaan. Walaupun Dyno adalah tempat terbaik untuk melakukan tuning enjin kereta anda, ia melibatkan kos yang tinggi.

Oleh itu kami di Tuner Academy melalui pengalaman dan ilmu yang khusus dalam bidang ini ingin membantu anda melakukan tuning enjin kenderaan anda pada kos rendah. Meskipun kos rendah, kami jamin hasilnya adalah setaraf optimasi enjin kenderaan dengan menggunakan mesin Dyno. Bagaimana kami melakukannya, berikut adalah apa yang kami lakukan.




Tune Enjin Kereta tanpa Dyno

Kami akan membantu anda untuk melakukan tune enjin kereta di jalan raya tanpa penggunaan Dyno. Kami melakukannya dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Semua maklumat dan teknik tuning enjin tanpa Dyno ini telah kami himpunkan dalam siri video "Street Tuner"

Tuning On The Road adalah  satu kemahiran yang penting bagi mana-mana Tuner, walaupun kereta anda telah di tune pada Dyno, kami masih mengesyorkan agar setiap setting itu diperiksa dan direalisasikan di jalan raya. Kami telah rakamkan video berkaitan cara Tuning "On the Road" yang diperlukan bagi tuning enjin dari awal hingga akhir. Ia bagi memastikan proses tuning yang anda lakukan pada enjin kenderaan anda boleh memberikan hasil yang optimum untuk pemanduan sempurna.

Perkara yang akan anda pelajari dari video Street Tuner:


  •  Mengapa sistem Piggyback (Greedy e-manage blue) digunakan sebagai bahan  pelajaran dalam kursus ini.                                                                                                
  • Memahami Air Fuel Ratio dan kaitannya dengan power output dan engine reliability.
  • 5 Driving Techniques yang akan digunakan untuk mengawal dengan tepat dan menyesuaikan beban enjin dan rpm di jalan raya
  • Bagaimana untuk Tune Fuel MAP berpandukan meter Air Fuel Ratio.
  • Bagaimana untuk Tune Ignition MAP dalam semua keadaan pemanduan.
  • Bagaimana untuk menggunakan datalogging untuk membantu anda semasa tuning.
  • Bagaimana untuk membuang Boost Cut (Force Induction Engine)
  • Bagaimana untuk mengendalikan "Anti Engine Stall" (High Profile Camshaft)
  • BONUS, Bagaimana untuk tuning Force Induction Engine.


Video "Street Tuner" ini membantu anda memahami dengan lebih cepat, "teknik unik" yang kami ciptakan. 80% daripada Video ini adalah paparan LIVE TUNING yang boleh membantu anda secara real time melakukan tuning. Video yang disediakan adalah termasuk teknik bagaimana cara tuning melalui monitor Air Fuel Ratio Meter.
  
Selepas menamatkan kursus yang disertakan di dalam Video "Street Tuner" ini, kami yakin anda akan mempunyai kemahiran yang cukup untuk Tune enjin anda di jalan raya, Anda juga akan didedahkan berkenaan "5 Driving Techniques" yang membolehkan anda melakukan proses tuning dalam semua keadaan pemanduan. 

p/s: Kursus ini menganggap anda telahpun mempunyai pemahaman asas EFI System, jika anda baru dalam bidang modifikasi enjin kenderaan, kami mencadangkan anda bermula dengan belajar asas dari halaman web kami ini sebelum memulakan kursus melalui VIDEO yang disediakan.

Introduction
How To Use a Map
How To Use a Map
Input a Wideband Sensor
Understanding Air Fuel Ratio
Driving Technique
Steady State Tuning
Full Power Tuning
Tuning Ignition Timing
Tuning Turbo Engine


HARGA ASAL RM160.00
BELI SEKARANG HANYA RM99.

http://www.tuneracademy.com/p/payment.html


8 comments: