Sunday 13 February 2022

AUDI A4 1.8 TURBO - STAGE 2 RON 95

 






Model A4 sedan merupakan kereta Family yang selesa dipandu dan laju dijalan raya. Bagi model B5, ianya datang dalam versi enjin 1800 cc, 20Valve, Turbo , enjin kod APU, port injection system dan digabungkan bersama 5 Speed Automatic Transmission . Tidak seperti model-model baru A4 yang mana ianya menggunakan Enjin jenis Direct Injection, enjin kod EA888. 





Untuk modifikasi Stage 2, owner kereta telah menukar sistem Intake jenis Open Port dan Fully system Exhaust dan hasilnya selepas di ambil bacaan Power di DYNO adalah 145.8 Horse Power dengan 21.3 Torque. Agak mengejutkan walaupun model ini adalah Port Injection tetapi bacaan Air Fuel Ratio yang terhasil dari Stock ecu adalah 14.7 kebanyakan masa pada High load dan turun hingga 12.3 AFR pada High RPM. Boost Pressure Stock ECU adalah 0.58 Bar. Agak Lean bagi Port Injection System.





Setelah mendapat data Air Fuel, power Output yang terhasil di Dyno dan  dari DATALOGING ECU, saya membuat keputusan untuk menaikkan Boost, Adjust Fuel yang Optimum sesuai dengan Boost 1 bar dan juga Ignition Timing yang sesuai dengan Petrol Ron 95 dan dengan Body A4 seberat 1200 kg ini. Adjustment memakan masa hampir 6 jam bagi mendapatkan keputusan yang baik.





Hasil mapping KTG Stage 2 ECU Remap, Performance kereta meningkat 31 horse Power daripada asal dengan 25.1 kg-f Torque. Cukup membuatkan Owner rasa "G-Force" yang kuat semasa lakukan pecutan di jalan raya.


Performance results

  • Maximum engine power: 175.9 hp (measured stock at 144.9hp), gains 31 hp
  • Maximum engine torque: 25.1 kg-f (measured stock at 21.3kg-f), gains 3.8 kg-f

Sebarang pertanyaan berkenaan Remap / Dyno tuned sila hubungi :
Khairul Tuner - 0125411496

0 comments:

Post a Comment