Tuesday 9 February 2016

Persediaan Tuning Enjin Dengan Dyno

Kami pasti anda juga excited untuk melakukan tuning pada enjin kereta anda. Itu adalah perasaan yang turut kami rasai satu masa dahulu. Anda mungkin pernah mendengar rakan - rakan atau mungkin anda sendiri mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan semasa menggunakan mesin Dyno. Sebelum run Dyno pada enjin kereta anda, anda perlu melakukan beberapa persediaan. Persediaan yang akan membantu anda menyelamatkan enjin kereta anda dari rosak sekaligus terselamat daripada membakar ratusan malah mungkin ribuan ringgit duit anda. Sebenarnya Dyno Tune bukanlah sekadar untuk mencari atau mengeluarkan kuasa kuda dari enjin kereta dengan hanya menekan pedal minyak rapat ke lantai semata-mata. Dyno tune adalah platform professional untuk monitor penggunaan minyak (fuel consumption), monitor kuasa yang terhasil dari enjin bermula dari low RPM hingga ke High RPM, monitor bunyi - bunyi pelik semasa kenderaan bergerak, dan yang paling penting ianya bakal selamatkan kenderaan anda dan pengguna jalan raya lain. Dyno tune hanya "run" atas roller Dyno Machine tanpa perlu ke jalanraya sebenar.

Dapatkan panduan eBook "Persediaan Dyno" yang kami sediakan ini untuk persediaan dan ilmu awal anda. Sila klik di link >> DOWNLOAD PERSEDIAAN DYNO << untuk download eBook ini ke dalam komputer anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa melakukan muat turun, sila maklumkan kepada kami di sales.tuneracademy@gmail.com

0 comments:

Post a Comment