Saturday 6 February 2021

CONNECT SMARTPHONE with MaxxECU MINI

 



MaxxECU selain daripada menjadi "Otak" kepada perjalanan enjin, kita dapat juga menggunakan aksesori tambahan yang boleh digunakan untuk connect smart phone ke MaxxECU melalui wayar CAN BUS. Ianya kan disambung kepada OBD2 Interface dan akan Connect ke Smartphone melalui Bluetooth. Melalui kaedah ini kita akan dapat paparkan parameter enjin seperti RPM, Engine Temp, MAP, TPS dan sebagainya dan ianya boleh dijadikan Meter yang "Fancy" pada kereta kesayangan anda.


Post kali ini akan menerangkan Cara membuat Wiring daripada OBD2 ke MaxxECU menggunakan wayar CAN BUS. Antara peralatan yang digunakan adalah :

1. OBD2 Socket  


2. OBD2 Interface 


3. Peralatan Wiring


3. SmartPhone 



Untuk menyambung Soket OBD2 kepada MaxxECU kita perlu tahu Diagram bagi MaxxECU dan juga OBD2 Socket


Diagram MaxxECU MINI


pada wiring MaxxECU min kita mahu fokus pada wayar CAN BUS yang mana CAN High (H) -Gray- akan ke Pin Nombor 6 di soket OBD2 manakala CAN Low (L) -Pink- akan ke Pin Nombor 14 di soket OBD2 


Pada soket OBD2 kita perlu sambung pin no. 16 kepada Power Supply (12 Volt) manakala pin no. 4 & 5 adalah Ground. Full Diagam akan kelihatan seperti ini.

Ini adalah Gambar bagaimana Ianya sudah siap 




Apabila wiring telah dibuat kita perlu membuat perubahan dalam Software MaxxECU supaya ianya boleh connect dengan SmartPhone.  Caranya boleh lihat disini :


Sekian sahaja Tutorial untuk post kali ini. Jika anda ada sebarang persoalan sila tinggalkan soalan di ruang komen.


Anda berminat belajar DialCam Secara Online ?
Sila Klik pada Gambar INI



1 comments:

  1. Cikgu, aduhhh, saya dah gunakan CAN bus utk Lambda Sensor. macam mana tu cg

    ReplyDelete