Friday 24 April 2020

Apa itu REMAP ?




Fungsi penalaan enjin @ tuning enjin secara umumnya adalah kita mahu memastikan bahawa setiap udara yang masuk kedalam enjin di campur dengan bahan api (fuel) pada nisbah yang betul dan bagaimana untuk membakar campuran udara dan bahan api tadi dengan kadar yang tepat (Ignition Timing) bagi memastikan enjin lebih efisyen dan bertenaga serta dapat membantu memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.

Istilah Piggyback, Standalone, Rechip, Remap, Reflash dan sebagainya adalah merupakan "alat" dan semua itu mempunyai tujuan yang sama.

Pada kali ini, kami memilih Kaedah REMAP ataupun nama lainnya REFLASH untuk dikongsi kepada pembaca sekalian. Remap adalah proses untuk mengubah data yang terkandung dalam ECU seperti data bahan api, data pengaturan pembakaran (ignition timing), Boost Pressure, Throttle Angle, Rev limit, Speed Limit dan sebagainya yang telah sedia ada dalam ECU kenderaan anda.

Sejarah Ringkas

Ecu - Flash (Re-flash) atau Remap ini "dipanggil" bagi kenderaan keluaran tahun 1996 keatas. Istilah Reflash membawa maksud dalam ECU, terdapat 1 Chip (Flashable Memory) yang mana boleh diubah data melalui alat perantaraan (Interface) kemudiannya ke PC / Laptop. Melalui Remap membolehkan kita untuk mengubah data ECU (dikenali sebagai 'Peta' atau "data operasi") dalam format yang boleh dibaca manusia menggunakan sistem berasaskan definisi XML untuk menterjemahkan data. "Data operasi" inilah yang menyimpan semua maklumat mengenai Fuel System, Ignition Timing dan pelbagai lagi operasi enjin.


Alat (Interface) yang biasa digunakan seperti AUTOTUNER, COBB, EcuTek, KESS, KTAG, HP Tuners, Tactrix, EFI Live, Hondata FlashPro dan lain-lain jenama membolehkan kita mengambil "data operasi" enjin tanpa memerlukan alat sokongan lain seperti emanage, aem, unichip dan sebagainya.

Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam proses ini;

1) Kaedah Remap melalui Diagnosis Port (OBD2)

2) Kaedah Remap melalui Processor (Direct Inject Processor)



Ada kenderaan yang boleh terus diubah data melalui OBD2 seperti Subaru, Mitsubishi EVO 5,6,7,8,9,10, Honda, Toyota, Mazda dan ada juga model kenderaan yang hanya boleh diubah melalui proses Direct Inject Processor seperti kenderaan BMW, Volkswagen dan sebagainya. Ianya bergantung pada pengeluar (Interface) dan ECU yang digunakan.

Kelebihan
* Tiada potongan wayar yang dilakukan pada wiring enjin anda.
* Boleh mengubah data seperti Fuel Mapping, Ignition Timing, REV Limit, Speed Limit dan sebagainya sepertimana tuning sistem Standalone ECU.
* Boleh menambah "motorsport futures" seperti Launch Control, Anti Lag, Flatshift dan sebagainya (bergantung kepada jenis ECU)
* Menjimatkan Kos. Tidak perlu membeli system "Piggy-back" ataupun Standalone Ecu bagi membolehkan kenderaan di lakukan Tuning.

Kekurangan
* Kaedah tuning agak leceh kerana setiap perubahan data perlu didalam keadaan enjin tikda hidup. (kebanyakkannya tidak boleh dilakukan secara  "real time tuning"). Setelah selesai transfer data, baru boleh Start enjin dan kemudian ambil data untuk dikenal pasti mana yang perlu diubah. Proses ini berlaku berulang kali hinggalah dapat Target yang diinginkan. Masa yang diperlukan untuk lakukan tuning adalah lama.
* Kurang sesuai bagi enjin "hard Modification" kerana terlalu banyak data yang perlu diubah untuk mendapatkan Tune yang baik.

Mana satu pilihan anda?

Sebagai professional Engine Tuner, kami "excited" untuk memberi "result" yang terbaik kepada pelanggan. Kami selalu memberi penjelasan mengenai pilihan yang bakal diambil oleh pelanggan. Apa jua modifikasi Enjin yang dilakukan, ianya boleh disesuaikan melalui proses Tuning. Namun terdapat "limit" bagi sesebuah ECU untuk mencapai "result" yang diinginkan.

Bagi anda yang telah ada ECU yang boleh di tune melalui kaedah Remap dan Enjin anda hanya menukar ke High Flow Air Filter, Sistem Ekzos yang lebih lawas, ataupun saiz turbo yang lebih besar, Reflash / Remap adalah jawapan yang terbaik bagi enjin anda.
Namun bila anda "bermain" dengan " Bolt On Turbo" atau "oversize piston", high duration Camshaft, High Boost Engine Setup dan menggunakan Racing Fuel kami menasihatkan agar menukarnya kepada sistem Standalone kerana ianya jauh lebih mudah untuk dilakukan dan pastinya ianya menjimatkan masa Tune di Dyno nanti.

Kesimpulan.

Kaedah remap / reflash ini sesuai digunakan untuk mofifikasi ringan @ stage 1 dan stage 2 sahaja. Untuk heavy modification, standalone ecu adalah pilihan yang terbaik.
Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan pemilihan ECU dan ECU apa yang sesuai digunakan, sila tinggalkan ruang komen, biar kami bantu bagi memilih ECU terbaik untuk setup enjin anda.

Wednesday 22 April 2020

RECHIP ECU


Istilah "rechip" ini sememangnya terkenal dikalangan peminat Honda dan Mitsubishi. Namun sejauh manakah kemampuan Rechip ini dalam proses tuning enjin?

Fungsi penalaan enjin @ tuning enjin secara umumnya adalah kita mahu memastikan bahawa setiap udara yang masuk kedalam enjin di campur dengan bahan api (fuel) pada nisbah yang betul dan bagaimana untuk membakar campuran udara dan bahan api tadi dengan kadar yang tepat (Ignition Timing) bagi memastikan enjin lebih efisyen dan bertenaga serta dapat membantu memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.

Istilah Piggyback, Standalone, Rechip, Remap, Reflash dan sebagainya adalah merupakan "alat" dan semua itu mempunyai tujuan yang sama.

Pada kali ini, kami memilih Kaedah Rechip untuk dikongsi kepada pembaca sekalian.

Istilah RECHIP digunakan bagi kenderaan keluaran tahun 1996 kebawah. Ianya adalah proses untuk mengubah data bahan api, data pengaturan pembakaran (ignition timing), rev limit, launch control dan sebagainya melalui kaedah "burn chip" yang terdapat
pada ECU.

Dalam ECU, terdapat satu CHIP (EPROM - erasable programmable read-only memory) yang menyimpan "data operasi" enjin. "data operasi" inilah yang menyimpan semua maklumat mengenai Fuel System, Ignition Timing dan pelbagai lagi opeasi enjin.
Untuk mengubah data itu, kebiasaanya CHIP (original ECU) ditukar kepada CHIP yang lain disebabkan CHIP yang terdapat pada ECU asal adalah jenis UV-EPROMs (memerlukan cahaya Ultra UV semasa proses "Burn" data). Chip yang bakal digantikan tidak memerlukan Ultra UV dan ianya adalah mudah untuk mengubah data berulang kali sama seperti konsep DVD jenis "writeable" . ianya sangat berguna dikemudian hari kerana kita boleh menyimpan dan membuang data untuk disesuaikan dengan setup enjin pada masa akan datang.

Secara asasnya terdapat Hardware dan software untuk melakukan proses RECHIP ini.

1. Chip Burner - untuk masuk dan membuang data yang ada dalam CHIP. Terdapat alat digunakan untuk "burn" chip ini, kaedahnya sama seperti Burn DVD. contoh brand yang ada
dipasaran adalah moates, batronix, chipmaster dan pelbagai lagi. Ianya memerlukan software tersendiri untuk membolehkan kita "load dan Burn" data melalui Laptop/PC. segala data yang tersimpan dalam chip ini adalah dalam bentuk Heximal atau dikenali dengan "bin file"
2. CHIP EDITOR - untuk mengubah data yang ada dalam CHIP. ianya adalah software yang digunakan untuk membaca "bin file" tadi dan akan di "convert" ke bentuk Mapping Fuel dan Ignition seperti mana yang terdapat dalam mapping tuning sistem automotif. antara Chip Editor yang ada adalah Crome, TunerPro, Neptune, Turboedit, Bre, HRED dan pelbagai lagi.


Proses RECHIP

PROSES MUDAH yang biasa dilakukan adalah dengan menukar (Chip EPROM) yang ada pada ecu (Chip biasa yang dilakukan ini adalah jenis Chip 28 kaki) kepada CHIP jenis performance yang telah di tune oleh nama terkemuka seperti Mugen, Toda, Mines dan beberapa nama lagi. Selain dari CHIP ini, terdapat lagi beberapa kompenen lain yang perlu diubah pada ECU bagi membolehkan proses RECHIP ini menjadi dan perkara ini kami tidak terangkan disini. Kami hanya menerangkan secara ringkas sahaja mengenai proses tersebut.


PROSES SUKAR adalah, selepas Chip asal ECU dibuka dan dimasukkan tapak Chip (supaya mudah untuk membuka dan mesang chip), kita perlu masukkan satu "base data" sesuai dengan setup enjin dan pasang CHIP itu ke ECU. Kemudian kita akan lakuan proses Wideband Tune sambil Memantau tahap Knocking Ignition Timing. Setelah mendapat data, kita akan buka semula chip, masukkan dalam burner, load data ke Laptop. buka software dan ubah data Fuel dan Ignition Timing. Data di save dan burn semula ke CHIP. Seterusnya pasang semula CHIP ke ECU dan lakukan lagi proses Wideband Tuning. Proses ini berulang- ulang sehinggalah dapat Fuel dan Ignition timing yang sesuai.

EMULATOR.


Emulator atau Romulator adalah alat yang dijadikan "Chip sementara" bagi mudahkan proses Tune. Emulator dipasang pada tapak CHIP ECU, kemudian akan diletakkan satu Base data. Emulator akan disambung terus ke Laptop dan dari situ kita akan Tune enjin terus kepada Emulator. Sebarang perubahan data yang dilakukan akan terus save dalam emulator dan terus memberi kesan kepada Enjin. Setelah proses Wideband Tune serta Igntion Timing dilakukan, Data yang ada dalam Emulator akan di save dan akan di Burn ke
CHIP yang kemudiannya CHIP itu dimasukkan semula ke ECU.

Antara Kelebihan Rechip.

1. Rechip adalah cara paling murah dan efektif untuk mengubah data enjin. Kita tidak perlu membeli "Gadjet Lain" seperti VAFC, Emanage dan beberapa Piggyback lain untuk menyesuaikan Fuel dan Ignition Timing sesuai dengan tahap modifikasai enjin.
2. Boleh ubah Speed Limit
3. Boleh ubah Rev Limit
4. Boleh "Disable" sensor-sensor yang tidak mahu digunakan
5. Boleh tambah Function Motorsport seperti Launch Control, FlatShift, dan sebagainya (bergantung pada ECU)

Antara Kekurangan Rechip

1. Tidak semua ECU boleh di Rechip. Bagi mitsubishi hanya ECU kod E sahaja (ECU Satria GTI, ECU EVO 1, 2, 3, dan beberapa model ECU 4G93T). Bagi Honda pula Kod P30, P08 P27 dan P28 dan P72. Model lain kene lihat ada atau tidak CHIP 28 Kaki.
2. Proses Rechip memerlukan masa yang agak lama. ECU perlu dikeluarkan CHIP asal dan dimasukkan Tapak Chip seterusnya masukkan Chip yang telah diprogram. Bagi proses Tuning pula agak leceh disebabkan segala perubahan yang hendak dibuat perlu ditanggalakan Chip, masuk ke Burner, Edit map pada software, Burn dan masukkan semula Chip ke ECU. JIka ada Emulator, mudah sikit kerja untuk tuning Chip kerana kita terus boleh ubah data pada Emulator, apabila selesai Proses Tune, baru Burn data yang telah di Tune tadi pada Chip.

Kesimpulan

Apa yang kami kongsikan ini hanyalah sebahagian sahaja dari kerja Tuning Chip. Terdapat istilah yang digunakan serta proses kerja yang di "Skip" bagi memudahkan anda memahami apa yang hendak disampaikan. Bagi anda yang telah pun ada ECU yang boleh dilakukan Tuning melalui keadah Rechip, anda boleh mengambil peluang ini. Bagi anda yang tiada peluang untuk Rechip, mungkin ECU anda boleh di tune melalui kaedah Reflash dan juga Remap. Semua kaedah ini dapat memberi "result" yang sama dari segi Power, Better Fuel Consumption dan Engine Reliability asalkan ianya ditune dengan betul.

Tuesday 21 April 2020

Piggyback VS Standalone



Jika di teliti pada gambar seperti tidak boleh beza pun yang mana satu ecu kategori standalone. Saiz hampir sama, semuanya ada wayar yang akan sambung dengan wiring asal dan semuanya kene connect dengan laptop untuk proses lakukan proses tuning.
Apakah yang membezakan dua darjat ini?

Berikut adalah 5 perkara utama yang membezakan ecu Piggyback dan Standalone.

Piggyback ECU

1. Memerlukan ECU ASAL. Piggyback hanya menumpang Signal Ecu Asal dan hanya "memanipulasi" signal yang masuk atau keluar supaya bacaan asas Fuel Mixture dan Ignition Timing berubah mengikut kehendak tuner.

2. Kerja wiring yang mudah. Disebabkan ianya menumpang signal ecu asal, hanya beberapa wayar sahaja perlu disambung. Ada 1 jenis piggyback tu pemasangan hanya 5 urat wayar sahaja!

3. Fungsi yang terbatas. Walaupun Piggyback itu mempunyai kemampuan seperti standalone ecu sekalipun, namun ianya terbatas dan tidak semua enjin akan menjadi bila menggunakannya. Contoh seperti fungsi naikkan rev cut / rpm limit. Tidak semua enjin menjadi dan jika jadi pun ianya tidak sempurna seperti original ECU.

4. Harganya murah. Biasanya harga baru 1 unit dalam rm2000 dan ke bawah dan ada yang harga tak sampai rm1000 (bergantung kepada fungsi yang ada.

5. Upah pemasangan dan tuned pada harga yang munasabah. Dari survey yang saya buat hampir semuanya adalah harga sekitar ratus-ratus sahaja.


Standalone ECU

1. ECU asal boleh dibuang. Stand alone akan mengambil alih fungsi ecu asal sepenuhnya dan ianya *fully programmable*

2. Kerja Wiring yang banyak dan rumit. Hampir semua wayar utama berkaitan fungsi enjin perlu disambung bagi memastikan enjin berfungsi dengan sempurna.

3. Tiada limit. Apa sahaja yang kita mahu buat semuanya mampu dilakukan (bergantung pada fungsi yang ada pada Standalone itu)

4. Harganya Mahal dari Piggyback. Biasanya harga baru 1 unit bermula dari rm2500 dan keatas dan ada yang cecah rm1x,xxx. Ianya bergantung pada fungsi advance yang ada.

5. Upah pemasangan dan tuned yang mahal. Biasanya bermula dari rm1000 dan keatas. Ianya bergantung pada apa fungsi advance yang mahu dipasang dan remehnya perkara itu hendak dibuat.
.
Bagitulah 5 perbezaan utama Piggyback vs Standalone ECU. Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan pemilihan ECU dan ECU apa yang sesuai digunakan, sila tinggalkan ruang komen, biar kami bantu bagi memilih ECU terbaik untuk setup enjin anda.

Sunday 5 April 2020

Cara paling tepat adalah dial cam


Adjust ikut mata kasar tak tepat..
Cara paling tepat adalah dial cam.
Dulu masa saya tiada ilmu ni, berkali2 tune kereta customer, tak dapat keluar power. Puas pusing2 Campulley. tak power2 juga..sebab apa?
Sebab cam buka dan tutup tak betul dan ianya tak nampak dengan mata kasar.
Sekarang alhamdulillah, setiap customer yang datang saya boleh tahu apa masalah enjin mereka dan boleh bantu mereka dapatkan semula power enjin yang betul.
Pengalaman + masa + ilmu adalah benda yang sangat berharga dalam proses saya belajar tune enjin kereta.
Tiada jalan pintas untuk jadi pandai.
Tapi ada cara bijak untuk belajar supaya jadi cepat pandai.
Iaitu belajar dengan orang yang dah capai apa yang yang kita belum dapat. Dari situ kita dapat belajar "do and don't" supaya kita dapat jimat masa dan tak ulangi kesilapan mereka yang lepas.
Mudahkan?


Saya telah kongsikan ilmu ini dalam bentuk buku panduan (e-book) + Video yang mudah difahami bagi mereka yang minat untuk belajar Dial Cam.
Semua ni anda boleh tonton dan download dalam smartphone. Ianya boleh didapati di
Mungkin dalam ni ada sesuatu yang anda cari..

Wednesday 1 April 2020

e-book Dialcamtuning


Apa ILMU yang kita tahu, menentukan tahap pendapatan kita. Setuju?

Jom Upgrade ILMU. Ilmu Dial Camshaft ini wajib dimiliki oleh semua Mekanik Kereta. Bagi saya sendiri ianya mendatangkan pulangan yang lumayan. Saya sendiri akan ambil RM 300 ke RM 400 bagi setiap sesi Dial Cam. Untuk Tuned ECU harga lain ya.

Apa yang saya tahu, apabila kedudukan camshaft betul, maka mudah Power Enjin itu akan terhasil. Dan telah banyak kali terjadi pada Dyno Machine saya sendiri, power enjin tak keluar, apabila betulkan marking Cam Pulley, baru power dapat seperti sepatutnya.

Berminat untuk tahu lebih lanjut boleh whatsapp
atau
boleh lawati website

Urusan jual beli semuanya adalah atas talian.
sebarang pertanyaan boleh hubungi
012 5411496