Tuesday 8 October 2019

Basic Wiring Engine Management System - Relay.

Tahukah anda, dalam wiring enjin, banyak relay digunakan untuk mengawal fuel pump, radiator Fan, Air Cond. Compressor Clutch dan sebagainya. Ada juga peralatan yang mana ecu terus mengawalnya tanpa perlukan relay.


Persoalannya, kenapa tidak ecu terus kawal semua tu tanpa melalui relay?
Untuk menguraikan bab relay ini, mari kita kenali dahulu apakah itu relay.
Relay adalah "electronic switch", berfungsi untuk ON atau Off kan High Current hanya dengan input small current. Dengan Small current untuk ON kan relay, relay akan ON kan High current circuit untuk mengawal peralatan high currrent.

Asas komponen relay terdapat 4 pin. 2 pin low current adalah power supply untuk hidupkan (energised) coil , 2 pin lagi high current curcuit untuk switchkan peralatan high current.
.
Berbalik kepada soalan tadi, untuk menentukan sesuatu peralatan itu perlu guna relay ataupun tidak, kita perlu tahu berapakah current yang bakal digunakan nanti supaya kita tidak rosakkan Driver circuit yang terdapat di ecu.
Sebagai contoh, untuk pengawalan Fuel Pump, ecu boleh mengeluarkan output (voltage) untuk menghidupkan sesuatu perlatan. Tetapi current yang dapat ditampung oleh ecu adalah dalam 1.5 amp sahaja.
Untuk Fuel Pump, ratting current adalah dalam 25 amp

Jika ECU terus mengawal Fuel Pump tanpa melalui relay, driver circuit di ecu akan rosak.
Jadi, cara untuk mengawal perlatan high current seperti ini adalah menggunakan relay.
Coil yang terdapat di relay biasanya mempuyai resistance 12 ohm keatas.
Dengan menggunakan Ohm's Law :
current = Voltage ÷ resistance
14 volt (bateri semasa charge) ÷ 12 Ohm (relay resistance) = 1.16 Amp.
Jadi nilai current 1.16 amp ini selamat digunakan oleh ecu. ECU akan ON kan Relay, relay akan "bypass" high current untuk ON kan Fuel Pump.
Bagaimana pula dengan Check engine Light yang dikawal terus oleh ecu?
Mentol check engine light adalah sekitar 20 ohm.
14 volt ÷ 20 ohm = 0.7 amp.
Ecu terus boleh kawal tanpa perlukan relay.

0 comments:

Post a Comment