Saturday 31 December 2016

Kursus Advance Tuning kini Dilancarkan.

Tune Enjin adalah mudah, jika anda faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia beroperasi. Bagi yang kurang faham mungkin akan timbul rasa "boleh ke buat ni", "takut terbakar wiring", "takut rosak sensor" dan sebagainya bemain-main dalam minda dan ini membuatkan anda tidak yakin dengan langkah atau tindakan sendiri semasa buat wiring Stand Alone Engine Management System mahupun semasa proses Tuning.
.


Izinkan kami membantu Anda.

Sebagai mana program "Tuner Apprentice And Training Program (TATP)" tahun lepas yang telah membantu ramai "Tuner" baru dalam  memahami sistem Piggyback Engine Management, pada tahun ini kami menawarkan Satu Kursus dalam rangka memahami serta mendalami Stand Alone Engine Management System, Rechip, Hondata, Reflash dan juga Remap.
Kursus ini kamu namakan ia sebagai

Profesional Tuner Skills And Development (PTSD)

Kursus ini membolehkan anda menjadi mahir dalam lakukan Tuning atas apa jua kaedah tune yang ada dalam dunia ini. Kami telah merangka modul pembelajaran dengan teliti supaya para peserta mendapat "impak" hasil dari pembelajaran Teory To Practical . Kami harap dengan Modul Pembelajaran ini dapat membantu melahirkan lebih ramai lagi "Tuner" yang mempunyai pengetahuan serta pemahaman yang jelas dalam bidang Tune Engine Management System ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PTSD, sila KLIK SINI.

2 comments: