Monday 21 March 2016

WIDEBAND VS NARROWBAND

 
Tune Air Fuel Ratio?

Dalam tune Engine Management System, adalah wajib menggunakan oxygen (o2) sensor bagi monitor campuran udara dan petrol (fuel) yang diukur melalui "asap" ekzos.
Oxygen sensor ni membaca "asap" ekzos dan mengesan campuran udara dan Petrol yang masuk kedalam silinder enjin dalam kiraan nisbah yang biasa disebut sebagai Air Fuel Ratio (AFR)



Namun, terdapat 2 jenis sensor yang digunakan dalam industri automotif iaitu jenis Narrowband dan juga jenis wideband. Selain dari rupa bentuk, fungsinya juga ada perbezaannya

Narrowband o2 Sensor

Jenis ini kebanyakannya ada pada kereta yang menggunakan sistem Electronic Fuel Injection (EFI).
Sensor ini hanya mampu baca "asap" ekzos dalam 3 keadaan sahaja iaitu Rich (fuel lebih), Stoich (Fuel pada pembakaran sempurna) dan Lean (fuel kurang). Ianya digunakan bagi memberitahu ECU akan keadaan pembakaran yang berlaku dan ECU akan membuat pembetulan (fuel Correction)
bagi memastikan campuran udara dan Fuel sentiasa "ideal" untuk mengawal pencemaran alam sekitar...


Dari segi voltage signal untuk sensor jenis ini adalah 0.1 hingga 0.9 volt sahaja.

Narrowband o2 sensor tidak sesuai dijadikan alat untuk monitor fuel semasa tuning Fuel dilakukan oleh kerana tidak dapat memberi data yang "detail". Contohnya ketika fuel Rich, ianya akan mengeluarkan bacaan AFR 13 ke 12 dan akan kekal disitu sahaja walaupun Fuel
dah terlebih sampai asap hitam yang keluar melalui ekzos.

Air Fuel Ratio Wideband Narrowband Gauge Sensor Bosch Tuning



Wideband o2 Sensor

Jenis ini kebanyakannya adalah barang "aftermarket" dan "performance part". Namun terdapat juga beberapa enjin kereta EFI yang gunakan sensor ini. Wideband sensor mampu membaca asap ekzos dengan lebih "detail".


Dari segi voltage pula, ianya menghasilkan voltage 0 hingga 5 volt, dengan ini Setiap keadaan AFR rich mahupun lean boleh dibaca dengan tepat.
Ianya banyak digunakan dalam industri permotoran seperti Dyno tune.

dyno


Jadi untuk lakukan tune, perlulah guna Set Wideband Air fuel Ratio Meter.

0 comments:

Post a Comment