Friday 25 March 2016

OVERSQUARE ENGINE

enjin kereta

Enjin Kereta mempunyai karektor yang tersendiri. Ini boleh dilihat melalui spesifikasi Bore dan Stroke. Jika Saiz bore lebih kecil dari stroke, ianya dalam karektor "Undersquare". Torque tinggi, Hi RPM Lemah. Bila Bore lebih besar dari Stroke ianya dalam kategori "oversquare" dan dikenali sebagai hi rpm enjin. Pergerakan piston turun naik sikit je. Tu yang boleh "menjerit" pada RPM tinggi.



Kelemahan enjin ni adalah torque (daya kilas yang rendah), perasan tak enjin jenis ni biasanya menggunakan gearbox jenis "short ratio" @ final drive besar.. macam enjin VTEC B16A

enjin kereta

enjin kereta


Berbeza dengan enjin jenis UNDERSQUARE, menghasilkan torque yang tinggi, tapi lemah pada hi RPM 
 

Nak ceritanya disini adalah, untuk berjaya dalam melakukan modifikasi sesebuah enjin, kita perlu tahu jenis apakah kategori enjin. Contohnya mitsubishi 4G92 DOHC (Non Mivec) bore 81mm, stroke 77.5mm. Enjin ni jenis OVERSQUARE. Dan point setup yang sesuai adalah pada hi RPM. Jadi untuk memilih camshaft, perlu pakai jenis hi duration. Bila hi duration, power pada RPM rendah akan kurang. Untuk "balance", perlu gunakan piston jenis hi comp. Gearbox ratio juga perlu guna jenis short ratio. Barulah dapat keluarkan power 100% dari enjin tersebut.

Teringat dahulu zaman main motor EX5, masa tu popular buat "jack rod" (ubah crankshaft jadi lebih ke UNDERSQUARE) Piston yang digunakan bukan besar mana pun, tetapi bila dipadankan dengan piston hi comp dan custom lowcam (low duration hi lift camshaft) pickup "mencanak", topspeed pun laju, walaupun sprocket belakang saiz 28. Masa tu CDI std je..RPM dalam 9k.

Pointnya disini adalah "pomen motor" tu tahu mengguruskan kekurangan UNDERSQURE dan bijak menggunakan kelebihan yang ada.
Jadi untuk melakukan modifikasi enjin anda, kenalpasti dahulu kelebihan, dan gunakannya dengan "bijak".


Disini, disenaraikan enjin jenis OVERSQUARE...

Honda B16A/ B16B
Bore 81mm
Stroke 77.4mm
dyno tune


Mitsubishi 4G92 Mivec
Bore 81mm
Stroke 77.5mm

enjin kereta

Toyota 4AGE
Bore 81mm
Stroke 77mm
tune





Demikian lah serba sedikit mengenai karektor enjin. Seperti biasa, saya mengala-aluakn sebarang pertanyaan.

Sekian...









Monday 21 March 2016

WIDEBAND VS NARROWBAND

 
Tune Air Fuel Ratio?

Dalam tune Engine Management System, adalah wajib menggunakan oxygen (o2) sensor bagi monitor campuran udara dan petrol (fuel) yang diukur melalui "asap" ekzos.
Oxygen sensor ni membaca "asap" ekzos dan mengesan campuran udara dan Petrol yang masuk kedalam silinder enjin dalam kiraan nisbah yang biasa disebut sebagai Air Fuel Ratio (AFR)



Namun, terdapat 2 jenis sensor yang digunakan dalam industri automotif iaitu jenis Narrowband dan juga jenis wideband. Selain dari rupa bentuk, fungsinya juga ada perbezaannya

Narrowband o2 Sensor

Jenis ini kebanyakannya ada pada kereta yang menggunakan sistem Electronic Fuel Injection (EFI).
Sensor ini hanya mampu baca "asap" ekzos dalam 3 keadaan sahaja iaitu Rich (fuel lebih), Stoich (Fuel pada pembakaran sempurna) dan Lean (fuel kurang). Ianya digunakan bagi memberitahu ECU akan keadaan pembakaran yang berlaku dan ECU akan membuat pembetulan (fuel Correction)
bagi memastikan campuran udara dan Fuel sentiasa "ideal" untuk mengawal pencemaran alam sekitar...


Dari segi voltage signal untuk sensor jenis ini adalah 0.1 hingga 0.9 volt sahaja.

Narrowband o2 sensor tidak sesuai dijadikan alat untuk monitor fuel semasa tuning Fuel dilakukan oleh kerana tidak dapat memberi data yang "detail". Contohnya ketika fuel Rich, ianya akan mengeluarkan bacaan AFR 13 ke 12 dan akan kekal disitu sahaja walaupun Fuel
dah terlebih sampai asap hitam yang keluar melalui ekzos.

Air Fuel Ratio Wideband Narrowband Gauge Sensor Bosch Tuning



Wideband o2 Sensor

Jenis ini kebanyakannya adalah barang "aftermarket" dan "performance part". Namun terdapat juga beberapa enjin kereta EFI yang gunakan sensor ini. Wideband sensor mampu membaca asap ekzos dengan lebih "detail".


Dari segi voltage pula, ianya menghasilkan voltage 0 hingga 5 volt, dengan ini Setiap keadaan AFR rich mahupun lean boleh dibaca dengan tepat.
Ianya banyak digunakan dalam industri permotoran seperti Dyno tune.

dyno


Jadi untuk lakukan tune, perlulah guna Set Wideband Air fuel Ratio Meter.

Wednesday 16 March 2016

Volt Meter

Enjin Kereta , bukan sahaja dari segi mechanical, bahkan sistem electrical juga perlu diambil perhatian untuk menjaganya. Bagi mengetahui sistem electrical enjin kereta cukup atau tidak, kita pelukan gajet yang dinamakan sebagai Voltage Meter

Voltage Meter @ Volt Meter bukan sekadar alat accessories, tapi memainkan peranan yang amat penting bagi monitor "keadaan" bateri  dan sistem charging dari alternator.

Bagi bateri dan sistem charging yang "sihat", bacaan 12.9 hingga 14.1 Volt akan diaparkan pada meter semasa enjin dihidupkan.
Tidak kira anda membuka Air Cond, Lampu, Radio dan sebagainya, voltage akan bermain disekitar itu sahaja. Apabila terdapat "kerosakan" pada sistem charging mahupun bateri yang telah sampai masa luput, bacaan  akan kurang dari 13. Apabila anda melihat bacaan pada  Volt Meter  bawah dari 12.9 Volt dan sedikit demi sedikit menurun, anda sudah boleh hantar kereta ke kedai bateri berdekatan untuk memeriksa sama bateri telah rosak ataupun alternator.




Dalam proses Tune EFI enjin, kami amat mengambil berat mengenai Sistem charging. Sistem charging yang lemah boleh menyebabkan ECU tidak memberi bacaan yang tepat. Tambah memburukkan lagi keadaan apabila Fuel Pump tidak memberi "pressure" yang secukupnya dan ini akan menyebabkan enjin kereta anda rosak oleh kerana "lean Air Fuel Ratio"

tune



Jadi, dengan adanya Volt Meter ini, ianya membantu anda untuk mengesan lebih awal akan kerosakan yang berlaku pada sistem charging, sekaligus dapat menyelamatkan wang dalam poket anda sekiranya kereta "tersadai" ditengah jalan raya.