Monday 4 May 2015

Memaksimakan Enjin Kuasa Turbo

Enjin Kereta dengan TURBO? Sebut sahaja pasal turbo, pastinya anda sudah boleh menjangka di fikiran dan berimaginasi bagaimana kuasa Gforce dan pecutannya. Ya, itulah yang saya alami sendiri setiapkali menuggang motorsikal yang telah melalui modifikasi enjin, bagaimanakah rasanya bila motor ada "kuasa extra", kuasa "Gforce". Dan bagaimana "excited"nya setiap kali tarik pickup, lepas throttle untuk masuk gear,  ada bunyi blow offf valve, kepishh, kepishh, tentu seronok dan mengujakan. Atas dorongan "rasa" itulah saya tekad untuk melakukan projek Bolt On Turbo keatas Motor Yamaha LC135 milik saya sendiri. Setelah mengkaji motor-motor di negara luar yang telahpun berjaya men "turbo" kan motor, dengan confidennya saya memulakan projek.

Sebelum meyumbat Turbo, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan terhadap enjin bagi memastikan ketahanan semasa boost. Memandangkan motor saya sebelum ini telah pun disarung dengan blok motor enjin yamaha FZ150i, jadi untuk pemilihan turbo yang sesuai tidak menjadi masalah. Yang saya perlu lakukan adalah mengurangkan compression ratio daripada 10.4:1 menjadi 9 :1 dengan cara grind head LC yang berbentuk petak ke bentuk bulat.

Turbo saya pilih dari kereta Suzuki Cappucin0, saiz yang kecil, lebih kecil dari Turbo Mira L200. Turbo Threshold dapat dirasakan seawal 3800 RPM, manakala full boost pada 5000rpm
Intercooler pula saya ambil dari model Mira L600, dan dipotong supaya muat untuk diadankan dengan Coverset motor. Blowoff Valve pula daripada Toyota Starlet.








Bagi setup turbo Carburetor, Carburetor jenis  diaphragm digunakan kerana ianya boleh mengesan tekanan udara yang masuk, dan membuka slide berdasarkan pressure. Terlebih dahulu pelampung carburetor dikurangkan ketinggian sebanyak 5mm. Ini membolehkan Fuel Pump (dari model wira 1.5) memberi tekanan petrol ke dalam Carburetor yang dikawal oleh Fuel Pressure Regulator. Fuel pressure semasa idling di set 2 psi. Jadi didalam carburetor, ketinggian pelampung menjadi lebih sedikit dari asal oleh kerana tekanan Fuel Pump. Jika di set 5psi, carburetor akan jadi overflow disebabkan terlalu kuat pressure fuel pump.

Dihadapan carburetor terdapat Intake Plenum Chamber yang ditempah khas. Saiznya lebih kurang 300cc. Di dalamnya terdapat Pitot Tube yang berfungsi mengesan sebarang perubahan tekanan udara. Saiz Pitot Tube sangat penting kerana ia akan memeberi Effect kepada saiz jetting dalam Carburetor. Seperti setup motor saya, Jetting carburetor adalah standard motor yamaha LC135, dan Pitot tube dikecilkan.

Oleh kerana motor yamaha LC135 ini menggunakan Fuel pump, sistem charging sedia ada tidak mampu untuk memberi charging yang baik. Maka, Rectifier dari motor Yamaha FZ150i digunakan, dan wiring asal diubah supaya berfungsi menjadi sistem Full Wave Charging.

Motor ini ditune menggunakan Wideband Oxygen Sensor, Air Fuel Ratio semasa idling adalah 13.manakala semasa full boost (0.7bar) 11-12. bacaan yang sangat bagus untuk setup turbo.




Perbezaan yang saya rasa selepas bolt on turbo adalah pickup dan topspeed yang sangat mengujakan. Dahulu, untuk mendapatkan kelajuan 160kmh, terpaksa tunduk dan mengambil masa yang lama. Sekarang, dengan setup sprocket yang sama, sangat mudah untuk melihat meter lentok 180kmh dengan badan tegak dan sambil tersenyum :)

Berikut adalah Serba sedikat Spec motor:

Block : Block 57 mm(fz150)
Head : Combustion chamber grind sehingga bentuk bulat (comp. ratio +- 9.0)
Carb : LCV2 standard main jet and pilot. Float height reduce 5mm.
Turbo : Hitachi - HT06 (suzuki cappucino) with 0.7 bar boost pressure.
Intercooler : mira L6 (Customize, to fit on LC)
*Custom Plenum Chamber with pitot tube, Intercooler Piping
*1.8 inch Exhaust Piping and custom Mufler.
*Fuel Pressure Regulator - base pressure 2 psi
*Full wave Charging system (Rectifier from yamaha fz150)
Fuel Pump : Wira
Blow Off Valve : Toyota Starlet
Sprocket : 15 -37

setup lain adalah standard OEM.

Sekian.

3 comments:

  1. salam, nak nanya Pitot Tube line dari Intake Plenum Chamber di sambungkan ke line mana di karburetor??

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan. Bole bg pencerahan berkenaan modi pakai fz150i punya regulator... wiring yg mana shj perlu diubah? Bole email saya kat farez98.nothinghappen@gmail.com atau wasap +60135703834 kalau perlukan perkongsian panjang.. tq tuan

    ReplyDelete
  3. Boss i pasang r25 turbo blh pakai ke

    ReplyDelete