Sunday 13 February 2022

AUDI A4 1.8 TURBO - STAGE 2 RON 95

 






Model A4 sedan merupakan kereta Family yang selesa dipandu dan laju dijalan raya. Bagi model B5, ianya datang dalam versi enjin 1800 cc, 20Valve, Turbo , enjin kod APU, port injection system dan digabungkan bersama 5 Speed Automatic Transmission . Tidak seperti model-model baru A4 yang mana ianya menggunakan Enjin jenis Direct Injection, enjin kod EA888. 





Untuk modifikasi Stage 2, owner kereta telah menukar sistem Intake jenis Open Port dan Fully system Exhaust dan hasilnya selepas di ambil bacaan Power di DYNO adalah 145.8 Horse Power dengan 21.3 Torque. Agak mengejutkan walaupun model ini adalah Port Injection tetapi bacaan Air Fuel Ratio yang terhasil dari Stock ecu adalah 14.7 kebanyakan masa pada High load dan turun hingga 12.3 AFR pada High RPM. Boost Pressure Stock ECU adalah 0.58 Bar. Agak Lean bagi Port Injection System.





Setelah mendapat data Air Fuel, power Output yang terhasil di Dyno dan  dari DATALOGING ECU, saya membuat keputusan untuk menaikkan Boost, Adjust Fuel yang Optimum sesuai dengan Boost 1 bar dan juga Ignition Timing yang sesuai dengan Petrol Ron 95 dan dengan Body A4 seberat 1200 kg ini. Adjustment memakan masa hampir 6 jam bagi mendapatkan keputusan yang baik.





Hasil mapping KTG Stage 2 ECU Remap, Performance kereta meningkat 31 horse Power daripada asal dengan 25.1 kg-f Torque. Cukup membuatkan Owner rasa "G-Force" yang kuat semasa lakukan pecutan di jalan raya.


Performance results

  • Maximum engine power: 175.9 hp (measured stock at 144.9hp), gains 31 hp
  • Maximum engine torque: 25.1 kg-f (measured stock at 21.3kg-f), gains 3.8 kg-f

Sebarang pertanyaan berkenaan Remap / Dyno tuned sila hubungi :
Khairul Tuner - 0125411496

Wednesday 9 February 2022

REMAP BY STAGE

 


Kebiasaanya kereta seperti ini keluar kilang pun dah memang power dan selesa dipandu. Tapi biasa la, kepuasan kuasa yang dirasai setiap orang adalah berbeza. Tambah pula bila kene tinggal dengan member yang buat stage 1 masa test kereta haritu. Padahal kedua2nya standart belaka.


Apa yang ada pada Stage 1 ?




Stage 1 adalah keadaan kereta dalam keadaan standard kilang 100% . Dengan mengunakan peralatan serta software yang betul, Tuner boleh tahu dimanakah "Point" untuk diubah dalam parameter ecu untuk keluarkan power pada enjin standard kilang ni. Untuk enjin model sepeti ini boleh naikkan power sehingga 20 hinga 40 HP daripada asal (Bergantung pada keadaan enjin) Bawa selesa power pun dapat dirasai dengan ketara.

Masa yang diperlukan oleh Tuner untuk menyiapkan Stage 1 tidak lama oleh kerana Semuanya dalam keaaan Asal.
Tapi bila dah remap stage 1, tentu tak boleh nak ikut kereta yang dah remap stage 2. Banyak bezanya bila dah up stage ni.



Apa yang ada pada remap Stage 2 ?



Stage ini khusus pada mereka yang telah tukar Performance Part yang jenis "Bolt On". Contoh kebiasaan yang dibuat adalah Tukar performance Air Intake System, Tukar sistem Ekzos dari turbo hingga ke muffler. Dengan menukar 2 benda ni sahaja sudah boleh melonjakkan kuasa berganda dari stage pertama. Tugas Tuner disini adalah memastikan segala parameter dalam ecu di Tala dengan betul sesuai dengan Performance Part yang telah ditukar bagi memastikan enjin dapat mengeluarkan power 100% dan paling penting selamat untuk "dibelasah" di track mahupun di jalan raya.

kebiasaannya di Stage 2 akan muncul lampu Check Engine oleh kerana ada part engine yang telah ditukar dan memerlukan Tuner menganalisa masalah dan membuat pembetulan pada Mapping ECU suapaya sensor pada enjin dapat baca dengan betul. Ini memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkan Mapping sesebuah kereta.



Stage 3



Di tahap ini, apa yang penting adalah ketahanan enjin untuk menerima tujahan kuasa 2 kali ganda daripada asal. Kebiasaannya Piston, Connecting Rod, bearing, bolt dan Gasket akan di tukar kepada jenis performance supaya lebih tahan. High Pressure Pump, injector , Spark Plug turut perlu di upgrade dan Turbo tentunya akan menggunakan mengikut ratting Horse Power yang di idamkan. Tugas Tuner disini sangat mencabar bagi memastikan "End Result" kereta masih selesa dipandu dan kuasa dapat disalurkan dengan lancar dijalan raya.


Sebenarnya ada lagi Stage yang berikutnya, tetapi tu dah lebih kepada tujuan perlumbaan. Ada sesetengan Tuner pecahkan sehingga 5 stage. Ada juga sehingga 7 stage.
Tak kira apa stage yang dibuat, paling penting Tuner perlu tahu apakah parameter yang perlu di lakukan pelarasan, monitor output dalam ECU, monitor power di Dyno Machine dan bukan " Copy & Paste Mapping ".