Saturday 22 May 2021

KURSUS ONLINE TUNING

Untuk melakukan proses tune, ianya memerlukan Ilmu, Peralatan yang betul dan Pengalaman. Ianya bukan lah perkara yang susah untuk di pelajari, tetapi ianya perlu belajar dengan Kaedah yang betul bagi memahami Keseluruhan Konsep tuning yang digunakan secara meluas dalam "Dunia Tuning".

Pengalaman saya selama 8 Tahun berkecimpung dalam bidang tuning banyak membantu saya dalam melakukan proses tune kereta setiap hari. Saya bermula daripada melakukan Tuning atas dasar Hobi, yang mana proses tuned di lakukan atas jalan raya, sehingga kini saya telah memiliki kedai Performance Tuning yang mana lengkap dengan Chassis Dyno dan segala peralatan untuk melakukan kerja tuning. 


Dalam masa yang sama juga saya telah berkongsi pengalaman Tuning saya dengan ramai orang melalui Kurus-kursus bersiri yang telah diadakan hampir seluruh negeri di Malaysia.




STAND ALONE ECU - ONLINE TUNING COURSE

Namun semenjak PKP berlaku, kursus - kursus Tuning tidak dapat diadakan seperti kebiasaan. Atas cadangan dari beberapa orang bekas peserta Kursus yang lalu, muncul lah Idea dimana Kursus Tuning Online diadakan dan Ianya boleh di Akses oleh Setiap orang yang berminat untuk menceburi bidang Tuning daripada seluruh pelusuk negeri. Modul pembelajaran kursus ini diambil daripada Program PTSD Level 1, iaitu Program Advance Tuning  anjuran Tuner Academy. Bagi kursus Online, pembelajaran hanya di tekan pada proses lakukan Tuning sahaja. Berbeza dengan program PTSD Level 1 yang mana akan belajar Proses wiring dan Tuning.



Untuk mengetahui program Online Tuning ini dengan lebih lajut, sila klik https://www.tuneracademy.com/p/onlinetuning.html