Wednesday 11 March 2020

DIAL CAM RESULT


PERBEZAAN POWER SELEPAS GUNA ADJUSTABLE CAMPULLEY
Graph Dyno dalam rajah dibawah menunjukkan apakah perbezaan dari segi power dan torque dari kedudukan marking asal dan kedudukan setelah di adjust retard 4 degree. enjin adalah dalam keadaan stock tanpa sebarang engine management system.
Setelah melalui proses Dial Cam, kedudukan adjustable cam pulley dilaraskan kepada kedudukan asal bagi tujuan mengetahui power output yang terhasil dalam keadaan stock engine. ternyata dalam keadaan stock cam pulley (Dyno run warna hitam) result yang terhasil adalah 119.1 HP (horsepower) manakala 16.0 kgf-m (torque)
setelah di retardkan 4 degree intake campulley (dynorun warna biru) , terdapat kenaikan power di Hujung RPM iaitu 121.2 HP. tetapi Torque pula menurun iaitu 15.6 kgf-m.


jika intake campulley di advance kan terdapat kenaikan pada torque tetapi bacaan HP menurun.
Disini dapat kita fahami apakah tujuan menggunakan adjustable cam pulley iaitu untuk melaraskan powerband sesebuah enjin samada :
1. dapatkan power yang kuat pada awal RPM tetapi di hujung RPM power makin lemah
ataupun
2. dapatkan power yang kuat pada Hujung RPM tetapi di RPM awal agak lemau.



jadi, korang pilih yang mana?