Tuesday 24 September 2019

TATP SIRI KE-3 TAHUN 2019


Tamat sudah program Tuner Apprentice Siri ke-3 dan terakhir bagi tahun 2019 .Pada 20, 21 dan 22 September 2019, kami telah menganjurkan Tuner Apprentice Training Program bertempat di Tuner Academy Training Centre, Ipoh Perak.




Seramai 8 orang peserta telah didedahkan asas EFI engine, bagaimana memanipulasi stock ECU dengan menggunakan Piggy-back Engine Management System supaya ecu boleh dikawal fuel serta ignition timing dan bagaimana melakukan tuning di mesin dyno dengan cara yang betul dan selamat.Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program sepanjang 3 hari kursus.




Kami harap apa jua ilmu yang para peseta telah hadam, dapat memajukan diri dalam bidang tuning.




Thursday 12 September 2019

TUKARLAH KE Stand Alone ECU!

Tahukah anda :bahawa ECU asal yang ada pada kenderaan kita jauh lebih canggih teknologinya, tetapi ianya ada "Limit" dimana bila sampai sahaja tahap "Limit" ini, ECU asal tidak lagi boleh digunakan untuk bekerja dengan setup Enjin yang anda lakukan, dan ECU perlu diganti dengan Aftermarket ECU @ Stand Alone Engine Management System.
Namun apabila sebut sahaja Stand Alone, pasti ramai telah membayangkan nama-nama besar pengeluar ECU yang TOP seperti Haltech, Microtech, Motec, LINK G4, dan AEM. Oleh itu, enti kami kali ini akan kami kongsikan 4 Sebab Utama kenapa anda perlu gunakan Stand Alone ECU.
1. Faktor usia ECU, Wiring dan Sensor.
> Tidak dinafikan, walaupun Tahun sudah menghampiri Wawasan 2020, masih ada lagi peminat kenderaan atau Enjin yang diperbuat dari tahun 1970. Usia Enjin, Wiring, Sensor dan ECU itu sendiri telah pun lebih 30 tahun dan sudah tentu wiring yang ada sudah tidak lagi effective, sensor dan ECU Rosak yang sukar dicari ganti. Pada tahap ini, Stand Alone ECU ialah jawapan yang terbaik, keseluruhan wiring enjin akan diganti wayar baru, anda boleh pilih sensor mana yang perlu pakai, mana yang tidak perlu pakai dan paling penting boleh kembalikan Kuasa Enjin itu sama seperti mana di era tahun keluarannya.



2. Faktor ECU terlampau canggih.
> Di zaman serba canggih ini, Enjin ditambah dengan pelbagai sensor untuk menjadikannya lebih effective bagi kegunaan harian. Jika kenderaan yang diciptakan seperti ini, hendak digunakan oleh jiwa kelajuan yang sukakan modifikasi, ianya adalah sangat sukar untuk dibuat dengan menggunakan ECU asal. Banyak "limit" telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan seperti, Rev Limit, Speed Limit, Boost Limit, sehinggakan untuk buat perubahan dari segi Power pada enjin dengan menambah alat lain (piggy-back system), tidak memberi apa-apa kesan pada performance enjin. Pada Tahap ini, ECU stand Alone adalah jalan penyelesaiannya. Anda boleh pilih sensor yang perlu sahaja bekerja bersama Enjin yang telah anda lakukan modifikasi dan sudah tentu ianya menjanjikan 100% kuasa dari enjin tanpa ada apa-apa limitasi.


3. Merubah Setup Injector dan Ignition.
> Enjin yang asalnya menggunakan distributor, mahu diubah kepada Ignition jenis Direct Fire (Individual Coil) memang memerlukan stand alone Engine Management System. Begitu juga untuk setup membuang Air Flow Sensor bagi enjin yang menggunakannya, adalah lebih mudah dan effective menggunakan Stand Alone ECU.

4. Conversion dari Sistem Carburetor ke sistem Electronic Fuel Injection (EFI)
> Jika anda mahu tukar sistem karburetor ke EFI dengan mengambil Sistem EFI dari model Enjin Lain, anda perlu menggunakan kesemua sensor yang dipakai pada sistem EFI bagi memastikan sistem berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Jika anda gunakan Stand Alone ECU, Hanya sensor penting seperti Trigger (Cam / crank sensor), Throttle Posision Sensor, Water temp, Air Temp, Injector dan Coil sahaja diperlukan. Dan lebih penting lagi, anda boleh laraskan penggunaan Fuel dan Ignition timing sesuai dengan tahap modifikasi enjin.

Bagitulah 4 sebab utama kenapa anda perlu tukar kepada stand Alone ECU. Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan pemilihan ECU dan ECU apa yang sesuai digunakan, sila tinggalkan ruang komen, biar kami bantu bagi memilih ECU terbaik untuk setup enjin anda.

#tahukah anda