Thursday 27 July 2017

DATA LOGGING




"Without Data, You Are Just Guessing"


Hakikatnya, mata kita hanya dapat fokuskan sesuatu perkara dalam sesuatu masa. Terdapat pelbagai parameter dalam ECU yang perlu diperhatikan semasa Proses Tuning dilakukan dan adalah mustahil bagi mata untuk melihat semuanya itu.
Oleh itu, kita perlukan "perakam" (Data Log) parameter dan ianya boleh dimainkan semula bagi kita melihat parameter-parameter penting bagi memastikan semuanya dalam keadaan selamat.


Antara Parameter Penting untuk dilihat semasa proses Tuning adalah :

1. Bacaan Air Fuel Ratio
- Bila Air Fuel Ratio Meter disambungkan pada ECU / Engine Management System, kita boleh merakam berapakah bacaan Air fuel Ratio dalam setiap keadaan pemanduan. Kita boleh menganalisa data dengan lebih terperinci dan membuat perubahan pada Mapping ECU bagi mendapatkan Air Fuel Ratio yang diinginkan. Kaedah ini dapat menjimatkan masa "running enjin" kerana kita boleh "playback" apakah yang terjadi semasa enjin beroperasi.

2. Injector Duty Cycle
- Sebenarnya amat sukar untuk melihat baccan ini. ianya menunjukkan berapa banyak bukaan injector telah bekerja. Jika nilainya 100 % menandakan Injector telah "habis bekerja" dan disarankan menukar injector kepada saiz yang lebih besar ("safe play" Injectror Duty Cycle adalah 85%). Untuk mengetahui "peak" value untuk Injector Duty Cycle, biasanya pada akan didapati pada High RPM. Dengan meggunakan data logging, bacaan Duty Cycle dapat di "record" dan play semula selepas bacaan High RPM diambil.

3. Suhu Enjin (Engine cooling Temperature)
- Suhu Enjin biasanya akan meningkat apabila beban enjin makin tinggi dan apabila suhu meningkat, ia akan memberi kesan kepada Air Fuel Ratio dan ignition timing. Dengan melihat peningkatan suhu dan perubahan Air Fuel Ratio dan ignition timing dalam Data Log, kita boleh membuat pembetulan di Compensation Table supaya Air fuel Ratio dan tahap knocking tetap stabil dalam suhu enjin yang tinggi.

4. Suhu Udara yang masuk ke dalam enjin (intake Air Temperature)
- Suhu udara yang masuk ke enjin turut memberi kesan pada pembakaran Fuel dalam enjin. semakin tinggi suhu udara, semakin kurang effective fuel terbakar (disebabkan kadar kelembapan udara). Ianya lebih rumit jika menggunakan enjin Induksi Paksaan (Force induction) kerana apabila udara di tekan masuk ke enjin, ia akan menghasilkan suhu lebih tinggi. Dengan menggunakan Data Log, kita boleh memantau suhu udara yang masuk apabila tekanan udara (boost) yang tinggi berlaku dan membuat pembetulan di Compensation Table supaya Air fuel Ratio dan tahap knocking tetap stabil.

5. Tekanan Turbo (boost pressure)
Boost Pressure banyalk dipengaruhi oleh pergerakan mekanikal enjin. bagi mendapat performance dari turbo, kita perlu memastikan tekanan dari turbo stabil hingga ke High RPM. Dengan memantau dari Data Log, lebih mudah dikertahui adakah boost stabil dan punca boost jatuh lebih mudah dikesan adakah berpunca dari kebocoran, tuning tidak sempurna ataupun faktor turbo itu sendiri.

6. Tekanan Bahan api (Fuel Pressure)
- Tekan bahan api dari tangki sangat mempengaruhi kadar Fuel yang disemburkan oleh injector. Bilamana tekanan lemah, campuran bahan api dan udara akan menjadi "lean" dan ianya membahayakan enjin. Data ini jika di lihat dari Data Log, lebih mudah untuk diketahui adakah tekanan Bahan Api menurun atau pun stabil ataupun mengesan bahawa Fuel Pump tidak mampu menampung bekalan bahan api dan perlu menukarnya kepada "CC" yang lebih besar.

7. Battery Voltage
- Battery Voltage yang stabil memainkan peranan yang besar dalam sistem Electronic Fuel Injection (EFI). Semua komponen elektrik dalam kenderaan mengharapkan Voltage dari bateri. oleh itu, arus pengaliran voltage yang stabil sangat diperlukan. Bila mana banyak komponen elektrik digunakan dalam masa yang sama, Pembekalan Fuel oleh injector dan  Igniton timing oleh coil akan turut terjejas. ini semua boleh diperhatikan dalam Data Log, dan kita boleh mengatasinya melalui Compensation Table bagi menstabilkan kadar Fuel dan igniton timing.

Sebenarnya, banyak lagi paremeter enjin yang perlu kita melihatnya bagi memastikan enjin beroperasi dengan lancar dan selamat. Namun pada post kali ini, kami memberi 7 contoh sahaja bagi memudahkan pemahaman mengenai apa itu data logging.

Bagi anda yang berminat untuk mendalami Ilmu Tune Ecu, apa kata sertai kami di http://www.tuneracademy.com/p/ptsd-level-1.html