Sunday 9 April 2017

Coil On Plug Wiring Tutorial

Tune kereta merupakan satu topik yang menarik, namun semua itu tidak mungkin terjadi apabila proses wiring tidak dilakukan dengan betul. Bila sebut sahaja bab Wiring, 2 perkara ini perlu ditekankan. Pertama adalah penyambungan wire yang betul dan kedua adalah kekemasan. Membuat wiring yang kemas memerlukan peralatan yang baik samada dari segi material yang digunakan dan juga alat yang membantu kerja wiring yang dilakukan.


Pada kali ini, kami kongsikan langkah demi langkah untuk membuat Wiring Coil On Plug menggunakan coil dari Honda K20A yang dipasang pada Enjin Proton Wira 1.6 (4G92P).

Antara peralatan yang diperlukan adalah, Wire warna merah, Hitam (Saiz 14 AWG) dan 4 Warna belainan (Saiz 18 AWG). Untuk membalut wayar nanti kita perlukan Expandable Wire Shield bersaiz 8 mm (5 mm juga boleh digunakan). Kita juga perlukan Shrink Tube bersaiz 20mm, 7mm dan 3mm. Untuk Label kan wire, kita pelukan Sticker label, dan juga Transparent Shrink Tube bersaiz 9mm dan 3mm.



Langkah pertama adalah memotong 3 wire (Merah, Hitam dan wire Signal) mengikut pinout Coil -12v / Ground / Signal dan potongan itu hendakah mengikut jarak dari piston no 1 hingga piston no 4 ke tempat penyambunagn wIre yang dilakukan nanti. Setelah wire dipotong, 3 wire bagi setiap coil dimasukkan dalam Expandable Wire Shield. Kemudian masukkan juga 2 Shrink Tube bersaiz 7mm (untuk mengikat penghujung Wirer Sheild) dan masukkan juga Transparent Shrink Tube bersaiz 9mm.

 
Setelah itu, kita pelu menyambungkan Wire tadi ke Soket Coil On Plug. Sebelum meyambung, masukkan Shrink Tube bersaiz 3 mm kepada setiap wire. Bagi penyambungan wire yang baik, hendaklah menggunakan solder. Pada Soket Coil K20A, warna Hitam belang Putih adalah 12V, Warna Hitam adalah Ground manakala satu wayar lagi adalah signal.



Seterusnya, tutup wire tadi menggunakan Expandable wire , dan matikan hujung dengan Heat Shrink. Labelkan penghujung wire mengikut coil 1 hingga coil 4


Sambung keempat-empat wire 12v. dan Wire Ground (warna hitam)


Balut Wire tadi menjadi 1 menggunakan Shrink Tuner bersaiz 20mm

Dan Hasilnya, akan dapat seperti ini

Wiring ini boleh dimasukkan kepada Stand Alone ECU dan boleh juga digandingkan bersama ECU Standard. Ok, Selamat Mencuba :-)