Thursday 19 January 2017

Spark Plug Reading

Tune Enjin memerlukan beberapa proses dan amat penting untuk kita melihat keadaan spark plug, walaupun telah "dimonitor" Air Fuel Ratio dan Tahap knocking (ignition timing)
Melalui spark plug, kita dapat mengetahui keadaan sebenar proses pembakaran enjin, sama ada lean, rich, ataupun julat suhu yang tidak sesuai dengan setup enjin.



1. Bahagian ini di sebut Ground Electrode

Disini kita boleh mengetahui samada Ignition Timing Terlalu Tinggi ataupun  Spark Plug Heat Range tidak Sesuai dengan  Setup Enjin Anda.
Contohnya, sesebuah enjin Comp. Ratio dalam 11 menggunakan Sparkplug NGK  BKR6EIX (Heat Range No.6). Setelah Proses Tuning dilakukan, apabila dilihat pada Spark Plug, Garis Putih (kebiasannya akan nampak 1 garis) berada hampir dengan Tread Spark Plug. Ini menunjukkan bahawa Spark Plug Itu terlalu panas bagi setup enjin itu. Disyorkan supaya menambah 1 lagi Heat Range untuk mengatasinya. (Heat Range No.7)

Contoh ke-2. Ok, kita ambil semula situasi diatas, Dengan spark Plug BHR7EIX tetapi Ignition Timing terlalu rendah. Setelah Proses Tuning dilakukan, Kita lihat pada Spark Plug, garis Putih berada di penghujung Ground Electrode.

Kedududukan garis yang "Ideal " adalah di sekitar Tengah (pada 90 Degree) Ground Electrode.



2. Bahagian ini juga di sebut Ground Electrode

Enjin yang sihat, di hujung Ground Electrode adalah bersih. Hanya ada Tona Warna yang menunjukkan pembakaran campuran Udara dan Bahan Api. Bagi enjin yang mempunyai masalah Valve Seal atau Piston Ring (Bocor) dibahagian ini akan kelihatan seperti Tempekan Jelaga Berekeladak.

3. Bahagian Ini disebut Base Ring

Dari sini kita boleh mengetahui keadaan Fuel Semasa Idling, Adakah ianya Rich, Stoich ataupun Lean. Jika Rich bahagi ini akan kelihatan Hitam dan Berkarbon. Jika Stoich ia akan berwarna Kelabu Gelap ke perangan.



4. Bahagian ini disebut Insulator Nose

Pada asalnya Insulator Nose berwarna Putih. Jika ia bertukar ke warna Perang, Ianya menunjukkan Campuran dan Bahan Api berada dalam keadaan Sangat baik. Ada juga keadaan dimana warnanya nampak lebih kepada Putih dan ianya juga masih OK. ECU anda mengawal Campuran Udara dan Bahan Api dalam keadaan Stoich @ Closed Loop dan inilah kebanyakan ECU pada hari ini lakukan. Ianya membantu menjimatkan Fuel, tetapi kehilangan POWER.



Kesimpulan

Diharap artikel kali ini dapat membantu anda untuk memilih Sprak Plug yang sesuai dan juga dapat membantu melancarkan Kerja Tuning yang dilakukan, Seperti biasa, sebarang persoalan amat dialu-alukan.

Wednesday 11 January 2017

Pelbagai Variasi Stand Alone. Nak pilih yang mana?


Enjin Kereta anda mungkin telah tiba masanya untuk "upgrade" sistem "perkomputeran" atau lebih dikenali sebagai Engine Management System bagi menyesuaikan nisbah campuran udara dan bahan api serta pengaturan sistem pembakaran (Ignition Timing) sesuai dengan tahap modifikasi enjin anda.

Namun terdapat banyak pilihan, daripada nama "terkenal" seperti Haltech , Motec , Microtech , Link hingga ke nama yang jarang kita dengar seperti Emerald. Mana satu pilihan anda ? Perlukan membeli Motec M150 ? Kali ini kami kongsikan beberapa Tips, bagi memudahkan anda membuat pilihan.


Spesifikasi VS Aplikasi

Kegunaan apakah enjin anda bakal digunakan?
Itulah "Kunci" kepada jawapan yang akan dihuraikan. Setiap "Advance Function" yang tedapat dalam sesuatu managment ada "harga" tersendiri. Dengan mengetahui apakah Aplikasi yang bakal enjin itu perlukan, lebih mudah untuk kita membuat pilihan. Dalam ini, kami menggunakan Brand Haltech sebagai contoh perbandingan.

CONTOH 1. Enjin 4G93 DOHC (NA):

Enjin ini bakal digunakan dalam mood "Daily Drive", mahukan penjimatan (Fuel Consumption) disamping ada sedikit power dan boleh "belanja" (launch control) ketika keluar pada  malam minggu. Enjin ini juga mahu gantikan sistem Ignition daripada Waste Spark kepada Direct Fire (Individual Coil). Bajet yang ada bagi "Owner" enjin ni hanya sekitar Rm3500.00

Jadi berdasarkan pilihan gambar dibawah, Spesifikasai yang hampir dengan kadar bajet yang ada, Haltech Sprint 500 sangat sesuai digunakan.

CONTOH 2. Enjin 4G63T (Turbo):

Enjin ini bakal digunakan bagi Drag Race. Bahan bakar, Methanol. Memerlukan 8 Injector bagi support Boost 3 Bar. 4 Injector akan jalan masa idling dan Low Boost,  lagi 4 injector akan jalan masa High Boost.  Enjin seperti ini, memerlukan Tuner memantau parameter seperti Pressure Fuel Pump, Pressure Oil Pump, Exhaust Gas Temp bagi setiap silinder. Bagi enjin seperti ini, setup traction control amat diperlukan bagi memudahkan kenderaan bergerak laju tanpa ada masalah Traction. Bagi kes seperti ini, Haltech Sport 2000 dan Elite 1500 akan menjadi pilihan. Harga??



Input dan Output

Apakah yang membezakan antara Haltech Sprint 500 dengan Haltech Elite 1500?
Jika dilihat dari rajah diatas, kita akan lihat perbezaan ketara dari segi Input dan Output. Perkara ini yang perlu kita lihat betul-betul, adakah ianya sesuai dengan apa yang bakal digunakan.

Seperti CONTOH 2 tadi, Enjin Drag Race akan beroperasi pada tahap paling kritikal. Jadi amat penting supaya setiap sensor yang ada pada enjin dapat dibaca terus oleh Engine Management System. Ini membolehkan Tuner melihat sebarang kemungkinan kerosakan yang akan berlaku pada enjin dan boleh dicegah dengan menggunakan "safety future" yang terdapat dalam Engine Management System. Bila mana Input banyak, segala sensor yang ada pada enjin boleh dipantau berbanding dengan Haltech Sprint 500 yang hanya ada 2 input sahaja.

Begitu Juga dengan Function Output, apa yang boleh Engine Management kawal untuk melancarkan lagi operasi enjin. Output boleh digunakan untuk mengawal Wastegate, solenoid (vvt/ mivec/ vtec), Intercooler Spray, Shift Light dan sebagainya.

 Jika anda ingin gunakan pada enjin 6 silinder, dan ingin menggunakan Sequential Fuel dan Ignition, anda boleh pilih Haltech Sport 2000 kerana ia mampu mengawal 6 silinder Injector dan Ignition. (dengan melihat Injection dan Ignition outout)

Bagi enjin Rotary, Ada beberapa pilihan Engine Manegement System yang boleh Support Engine Rotary. Ianya boleh dilihat melalui Spesifikasi Pengeluar.


Injector Size

Bagi Aplikasi enjin menggunakan Injector yang terlalu besar, adalah lebih baik menggunakan Engine Management yang boleh mengawal "low Impedance Enjector", kerana kebanyakan injector bersaiz besar datang dalam spec low Ohm@Low Impedance. Kita boleh mengetahuinya dengan melihat spesifikasi sesuatu Management samada jenis Saturated sahaja ataupun Peak And Hold (low Injector Control).


Walaupun injector low impedance boleh digunakan pada Management jenis Saturated dengan manambah Resistor (ballast), namun terdapat kekurangan dari segi pengawalan bahan api semasa idling jika menggunakan Injector yang terlalu besar. Biasanya semasa idling, Air Fuel Ratio akan lebih "rich" dan tidak smooth seperti menggunakan Management jenis Peak And Hold.

Kesimpulan

Tedapat banyak lagi kelebihan yang ada pada Engine Management System dan tidak sempat diterangkan dengan lebih lanjut pada Entri kali ini. Di harap dengan sedikit panduan yang diberikan, boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat dan selamat. Seperti biasa, jika ada sebarang persaoalan, boleh dikemukan di ruang yang disediakan

p/s : bagi anda yang berminat untuk belajar lebih mendalam mengenai Stand Alone Management System, apa kata sertai kami di Pahang pada 24 - 26 February 2017 dan di Kedah pada 24 - 26 March 2017

http://www.tuneracademy.com/p/locations.html

Untuk melihat apa yang bakal di belajar nanti, boleh klik SINI