Saturday 29 October 2016

Knocking @ Detonation

Enjin Kereta anda mungkin ada atau pernah mengalami situasi apabila kenderaan menaiki tempat tinggi dalam gear 5 contohnya,
anda akan perlu tekan pedal minyak lebih supaya kenderaan boleh mendaki dan tiba-tiba, terdengar bunyi krik-krik-krik
seumpama guli-guli sedang berlaga dalam bekas kaca pada bahagian enjin. Itulah bunyi Knock.

Bunyi yang bahaya jika ianya tidak dibanteras!



BAGAIMANA BUNYI "KNOCK" BOLEH BERLAKU?

Secara asasnya, bunyi knock berlaku dalam ruang pembakaran enjin (combustion chamber) berpunca daripada 2 sebab

1. Campuran udara dan bahan api yang kurang dari sepatutnya (AFR Lean)
2. Ignition Timing terlalu advance (tidak sesuai dengan setup enjin dan Fuel yang digunakan)

Kedua perkara ini akan meningkatkan suhu Combustion chamber sekaligus menyebabkan berlakunya Pre Ignition (fuel terbakar sebelum spark plug menyala) dan juga penyebab berlakunya Detonation@Knocking


APAKAH KESAN KNOCKING SEKIRANYA IA DIBIARKAN.

"KNOCKING KILLS POWER".
Ini sudah pasti berlaku sekiranya enjin anda menghadapi masalah ini. Pembakaran yang tidak normal menyebabkan proses "power stroke" sistem enjin 4 lejang tergangggu dan ianya menjejaskan power output dari sesebuah enjin. Kesan Lebih buruk lagi, knocking akan menyebabkan Piston Crack, piston cair, Electrode Spark Plug Pecah yang akan mengakibatkan Valve bengkok, silinder blok calar dan seangkatan dengannya.



BAGAIMANA UNTUK MENGHILANGKAN KNOCKING?

"Factory Car" berasal dari negara kita jarang-jarang menghadapi masalah ini. Tetapi "Imported Car" atau "Imported Engine" berkemungkinan besar untuk berlakunya knocking.
Sebagai contoh, di negara luar Fuel Ron 100 digunakan dan ianya sesuai dengan setup enjin dan cuaca di negara kereta atau enjin itu diciptakan. Bila dibawa masuk ke Malaysia,
Fuel Ron 95 digunakan pada enjin yang telah di "setkan" ignition timing ron 100. Inilah faktor utama berlakunya knocking selain suhu (cuaca) di malaysia.


Ignition Timing terlalu tinggi bagi Fuel Ron 95.

Bagi kes sebegini, Kita boleh "retardkan" ignition timing dengan cara melaraskan semula distributor / cam angel sensor.

 Bagi kenderaan yang tiada adjustable distributor/ cam angle sensor, perlu menggunakan Fuel Ron yang lebih tinggi (hampir kepada Ron 100). Dan pilihan lain adalah menggunakan Engine Management System (Piggyback/ Standalone ataupun reflash) bagi melaraskan semula (tune) Ignition Timing sesuai dengan Fuel yang digunakan dan suhu di negara kita.





PENUTUP

Diharap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami apa itu knocking dan anda telah jumpa cara untuk mengatasinya.

Seperti biasa, sebarang persoalan amat dialu-alukan

Monday 10 October 2016

TATP DI KEDAH

Pada 7 hingga 9 Oktober 2016 lepas, kami telah menganjurkan Tuner Apprentice and Training Program bertempat di AS Tune Up, Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah . Seramai 12 orang peserta telah kami bantu mereka dalam memahami sistem EFI + Piggyback dari segi wiring hingga ke proses Tuning di atas mesin Dyno.