Wednesday 13 January 2016

Emanage Rotary Switch Explanation

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entri kali ini kami kongsi bagaimana untuk setting Rotary Switch untuk di setup sesuai dengan enjin anda yang mana jika salah setting rotary switch ni akan menyebabkan kerosakan pada ECU dan sensor.





Sebenarnya, rotary switch ni yang akan tentukan sama ada emanage blue ini boleh dipakai kepada enjin anda atau tidak. Jika enjin kereta yang anda pakai ada dalam manual book emanage, ianya mudah kerana telah diberitahu dalam tu. Contohnya enjin Honda B16A, rotary switch seperti dalam manual book adalah 2 8 A.






Bagaimana pula jika enjin anda tiada dalam senarai Manual book?
Caranya begini, Anda hanya perlu tahu apakah fungsi setiap 3 switch tu.
Switch 1 adalah jenis ignition system dan bilangan silinder.
Switch 2 dan 3 pula jenis sensor Air Flow yang enjin anda gunakan.





Selepas tu, padankan dengan spec enjin anda.

Contohnya, enjin mitsubishi Mivec 4G92:
Bilangan silinder : 4
Jenis ignition : waste spark/ group fire
Air flow sensor type : Pressure Sensor (sama mcm enjin B16A)

Jadi setting Switch 1 adalah = 3
Switch 2 dan 3 adalah          = 8-A



Contoh lain, enjin Myvi 1.3
Bilangan silinder : 4
Jenis ignition : individual coil
Air flow sensor type : Pressure Sensor (daihatsu)

Jadi setting Switch 1 adalah = 4
Switch 2 dan 3 adalah          = C-1 (lihat carta diatas)



Contoh lain, enjin toyota 4AGE 20V (101) silvertop
Bilangan silinder : 4
Jenis ignition : Distributor
Air flow sensor type : Flap type airflow meter

Jadi setting Switch 1 adalah = 2
Switch 2 dan 3 adalah          =4-7 (lihat carta diatas)
 


Contoh terakhir, enjin kelisa 1000cc
Bilangan silinder : 3
Jenis ignition : individual coil
Air flow sensor type : Pressure Sensor (daihatsu)

Jadi setting Switch 1 adalah = 1
Switch 2 dan 3 adalah          = C-1 (lihat carta diatas)



ok, setakat ni saja contoh yang boleh kami berikan, jika ada apa2 pertanyaan, boleh
bertanya pada ruang komen dibawah.

Sekian.

Monday 11 January 2016

Tune Idling Air Fuel Ratio


One of Video Tuning Course that you will learn on DVD "Street Tuner - a step to becoming a professional engine tuner"



If you are interested on tune engine, and want to learn it,
You can learn on our TUNING COURSE 

Sunday 3 January 2016

Tentang Kami

Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan followers Tuner Academy Dot Com. Terima kasih di atas sokongan anda dengan meramaikan komuniti di halaman web kami. Halaman web ini diwujudkan atas niat untuk berkongsi minat kami yang begitu mendalam dalam bidang automotif. Ini terutamanya dari aspek Tuning Air Fuel Ratio / Wideband Tuning. Kami juga menyediakan pelbagai artikel yang berkaitan dengan segala bentuk modifikasi yang ada kaitan dengannya. Enjin kereta adalah "passion" kami.

Kami mengharapkan juga dengan adanya halaman web ini akan dapat dijadikan panduan kepada peminat-peminat modifikasi kereta untuk melakukan kerja atau pengubahsuaian enjin kereta mereka dengan selamat. Ini terutama dalam bab Engine Management System dan Dyno Tune. Dengan sedikit perkongsian ilmu ini, diharap anda dapat tahu serba sedikit asas dalam selok belok tuning Engine Management.

Terima kasih atas sokongan semua

Admin
Tuner Academy Dot Com

Saturday 2 January 2016

Pakar Tuner Enjin Kereta

Enjin kereta mungkin sesuatu yang biasa bagi sesetengah orang. Tetapi bagi kami dan juga anda yang telah sampai ke halaman web Tuner Academy Dot Com, kami yakin kita melihat enjin kereta seperti satu seni yang hebat untuk difahami. Lagi hebat apabila enjin ini dimodifikasi!

Halaman web Tuner Academy Dot Com ini diwujudkan atas minat kami yang begitu mendalam dalam bidang automotif terutamanya terhadap Tuning Air Fuel Ratio / Wideband Tuning, serta segala bentuk modifikasi yang ada kaitan dengannya. Kebanyakan gambar yang berkaitan enjin kereta dalam halaman web ini adalah merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang kami lakukan secara bersama.

Diharapkan juga dengan kewujudan Tuner Academy Dot Com ini dapat dijadikan panduan kepada peminat-peminat modifikasi kereta dan enjin untuk melakukan kerja atau pengubahsuaian terutama dalam bab Engine Management System dengan lebih selamat dan effisyen. Dengan perkongsian ilmu kami ini, diharap anda peminat modifikasi enjin kereta dapat tahu sebanyak yang mungkin dalam selok belok tuning Engine Management.

Terima kasih atas sokongan semua

Admin Tuner Academy Dot Com
Khairul Amin

Friday 1 January 2016

Penafian

Terma dan Syarat penggunaan informasi di Tuner Academy Dot Com
  
Semua maklumat yang disediakan di dalam halaman web ini yang berkaitan dengan penyelengaraan enjin kereta adalah sebagai perkongsian majklumat sahaja. Pihak Tuner Academy Dot Com tidak memberikan sebarang jaminan yang boleh dituntut khususnya dari aspek ketepatan atau kesempurnaan informasi bagi maklumat yang diperolehi dari pautan yang disediakan di dalam halaman web ini. Pihak Tuner Academy tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan dan kerosakkan akibat daripada penggunaan maklumat yang disediakan. Terma ini boleh berubah pada bila - bila masa tanpa sebarang notis.

Contact Us Tuner Academy

Address:82, Lintasan Perajurit 17c 
Taman Perindustrian, 31400 Ipoh, Perak






Handphone no. :0125411496



Email :sales.tuneracademy@gmail.com
Follow us on FB:www.facebook.com/tuneracademy
Contact Person:Khairul



Peta Lokasi

https://goo.gl/maps/5guBUymkhcL2